HOME | AM | BERITA | PENGUMUMAN | PENCAPAIAN | ULASAN |
SEJARAH
PENUBUHAN SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan bandar Uda 2 telah dibuka pada 15 April 1990. Pada awalnya sekolah ini merupakan cawangan Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda. Sekolah ini mempunyai pentadbiran sendiri pada 1 Mei 1990 apabila Encik Mohd Shariff Bin Khamis mula bertugas sebagai guru besar.
Encik Mohd Shariff Bin Khamis telah dinaikkan pangkat serta ditukarkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru pada 17 Januari 1994 dan digantikan oleh Encik Khalid Bin Elias. Semasa pentadbiran beliau, sekolah ini telah mencatatkan banyak kejayaan dan mengharumkan nama sekolah baik di peringkat zon, daerah dan negeri.
Kejayaan paling manis yang dicatatkan oleh sekolah ini ialah sekolah ini telah dianugerahkan SEKOLAH HARAPAN NEGARA peringkat daerah Johor Bahru kategori sekolah rendah dalam bandar pada tahun 1998 dan 2002.
Selepas Encik Khalid bin Elias menamatkan perkhidmatannya pada 16 Jun 1998, sekolah ini telah menerima Encik Amir Bin Anuar sebagai guru besar yang baru. Beliau telah meneruskan kecemerlangan sekolah baik dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Pada 16 Jun 2003 En Amir Bin Anuar telah ditukarkan ke PPD Johor Bahru sebagai Penyelia Pembangunan dan digantikan dengan Puan Fuziah Binti Haji Hasaan yang mula melapor diri pada 1 Julai 2003.
Jumlah murid yang sedang belajar di sekolah ini ialah seramai 1730 orang dengan jumlah gurunya seramai 81 orang.
OBJEKTIF SEKOLAH
Meningkatkan taraf pencapaian murid-murid dalam bidang akademik terutamanya dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) serta bidang kokurikulum.
Mewujudkan perasaan kekitaan dan cintakan sekolah dengan sentiasa bersikap positif terhadap segala usaha dan kegiatan yang bertujuan mencapai matlamat ini.
Memupuk semangat kerjasama dalam keadaan yang harmonis, bersatu padu, hormat-menghormati di kalangan murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah.
Mewujudkan suasana alam sekeliling sekolah yang indah dan mneyeronokkan.
Mewujudkan satu sistem pentadbiran yang amanah dan cekap.
LENCANA SEKOLAH
Pengenalan : Logo ini telah diilhamkan oleh Encik Khalid Bin Elias pada 1994. Beliau merupakan guiru besar yang kedua sekolah ini. seterusnya ia dilukis oleh Encik Sasidaran A/L Govindan yang merupakan guru akademik mengajar matapelajaran matematik.
Saiz : 2.3 cm x 3.0 cm
Legen : Nilai-nilai lebah
RAJIN , GIGIH , BERANI , TAHAP BEKERJASAMA YANG TINGGI ,
BOLEH BEKERJA DALAM SUASANA YANG HARMONIS ,
BERUSAHA SEHINGGA MENCAPAI KEJAYAAN.
LAGU SEKOLAH
SEKOLAH BANDAR UDA 2
SEKOLAH YANG KUCINTAI
NYAMAN BERSIH INDAH BERSERI
AMAN DAMAI DI HATI
DISINI KAMI DIDIDIK
DISINI KAMI DIASUH
MENJADI INSAN YANG BERGUNA
PADA AGAMA DAN BANGSA
GURU YANG AMAT DEDIKASI
MENDIDIK MEMBELAI MESRA
BAGAI SURIA MEMANCAR BUMI
BERCAHAYA SENTIASA......
HADAPI SEMUA CABARAN
DEMI WAWASAN YANG MURNI
KE MANA JUA DESTINASI
KAU JADI KENANGAN ABADI
VISI
Mewujudkan dan menghasilkan warga SK BANDAR UDA 2 yang mempunyai kecemerlangan dan seimbang dan menempatkan sekolah ini sebagai sekolah yang terbaik di antara yang terbaik di MALAYSIA berlandaskan aspirasi FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.
MISI
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR UDA 2 beriltizam mencapai kecemerlangan dalam aspek-aspek pendidikan dengan memberikan keutamaan kepada :
Melahirkan Insan yang taat setia kepada negara dan bersatu padu.
Melahirkan Insan yang beriman, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera.
Memberi peluang pendidikan kepada semua yang berkelayakan.
MATLAMAT
Melahirkan insan yang mencintai ilmu, mengamal dan menghayatinya sebagai murid yang cemerlang serta menyemai semangat cintakan Agama dan Negara disamping memupuk menerap dan memperkukuhkan nilai-nilai murni serta identiti murid.
PENGURUSAN SEKOLAH 2005
GURU BESAR : PUAN FUZIAH BT HAJI HASSAN
PENOLONG KANAN 1 : PUAN HJH NORAINI BT CHE MAT
PK HAL EHWAL MURID : PUAN HJH BADARIAH BT ABD HAMID
PK KOKURIKULUM : PUAN HJH MAIMUNAH BT AHMAD
PENYELIA PETANG : PUAN JORIAH BT SHALIHIN
GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR UDA 2
PIBG SKBU 2 2004/2006
EX-OFFICIO : PUAN FUZIAH BT HAJI HASSAN
YANG DIPERTUA : PROF.MADYA DR.HAJI MOHD. TAIB BIN HAJI DORA
NAIB YANG DIPERTUA : TUAN HAJI ADIB BIN ESA
SETIAUSAHA KEHORMAT : PUAN NOOR LIZA DARMIN
NAIB SETIAUSAHA KEHORMAT : PUAN MEDEHAH AZIZAN
BENDAHARI KEHORMAT : PUAN NORLIA MIRAN
PEN.BENDAHARI KEHORMAT : EN.MOHD FAISAL BIN.M.ZUKI
AJK - GURU : PUAN AZIZAH AHMAD, CIK CHONG CHING YEE, EN.FIRDAUS MAT ISA,
EN.ARIZAL ABD AZIZ.
AJK - IBU BAPA : TN HAJI DR SUPAR BIN ROHANI, TN HAJI HUSSEIN BIN HJ ISMAIL,
EN.ABDUL RAHMAN BIN MUSA, EN.MOHD NOOR BIN ABDUL HAMID,
TN HAJI ABDUL RAZAK BIN MOHAMAD, PN SALLINA HUSAIN,
PN WAN MAIMUNAH BT WAN JAAFAR.
PEMERIKSA KIRA-KIRA : PN.R.PREMMA LATTA ( GURU )
TN HAJI AWI @ SAPAWI BIN AHMAD JOHARI ( IBU BAPA )
PEMEGANG AMANAH : PN NORHAYATI KAHAR ( GURU )
PN SAFIAH BT MOHD ARIF ( IBU BAPA )