SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR UDA 2

 

Text Box:                                                              LAPORAN KEJOHANAN  OLAHRAGA SKBU 2
Kejohanan Olahraga Sek.Keb.Bandar Uda 2 kali ke-14 telah diadakan pada 26 Februari 2005. Sukaneka bagi murid tahap satu dan dua telah dijalankan pada 22 dan 24 Februari di tempat yang sama. Kejohanan telah berlangsung dengan lancar dalam keadaan cuaca yang mendung. Kejohanan Olahraga ini telah dirasmikan oleh Prof.Dr.Hj.Mohd Taib Hj Dora ( YDP PIBG SK BANDAR UDA 2 ). Dalam kejohanan ini, Rumah Merah telah berjaya mempertahankan kedudukan selaku juara selama 5 kali berturut-turut. Temat kedua dimenangi oleh pasukan Rumah Biru diikuti oleh Rumah Hijau dan Rumah Kuning. Olahragawan Muhd Syahmi Alif bin Abdul Ghafar dari 5 Intan dan olahragawati Wan Nurul afiqah bt Wan Hassan dari 5 Arif. Kedua-duanya daripada pasukan Rumah Merah.
                                                                                                              

HOME AM BERITA PENGUMUMAN PENCAPAIAN ULASAN

                                               BERITA TERKINI SKBU 2

 

 

 

 

 

 

 

Oval: MAJLIS MAAL HIJRAH SK BANDAR UDA 2
Badan Dakwah SK BANDAR UDA 2, Johor Bahru dengan kerjasama Panatia Pendidikan Agama Islam telah berjaya menganjurkan Majlis Maal Hijrah bagi tahun 2005/1426 peringkat sekolah. Majlis ini telah diadakan pada hari Jumaat, 4 Mac 2005 bermula jam 10.30 pagi. Majlis ini telah dihadiri oleh semua murid sesi pagi dan guru SK BANDAR UDA 2, bertempat di DEWAN FAIRUZ SKBU 2. Antara pengisian majlis ini adalah ceramah agama yang disampaikan oleh UST Mat Saat Bin Mahmud dari SK MAJIDEE BARU, Johor Bahru. Ceramah yang disampaikan bertajuk "Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah". Majlis diakhiri dengan mengagihkan Bubur Asyura kepada semua murid dan guru sebagai simbolik kepada peristiwa Hari Asyura yang berlaku dalam bulan Muharram. Majlis tamat pada pukul 11.30 pagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Text Box: HARI TERBUKA TAHUN ENAM 2005
Hari Terbuka ini telah diadakan pada hari Jumaat, 11 Mac 2005. Perjumpaan ibu bapa pelajar-pelajar Tahun 6 ini dengan guru-guru Tahun 6 bertujuan untuk membincangkan pencapaian prestasi pelajaran anak-anak mereka yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September 2005 ini. Pada hari tersebut diadakan pembentangan analisa keputusan UPSR tahun 2004 dan pembentangan belajar melalui internet ( ZOOM-A ) kepada ibu bapa Tahun 6.

 

 

 

 

Oval: HARI ANUGERAH CEMERLANG TAHUN 2004 DAN HARI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15
Hari tersebut telah diadakan pada hari Sabtu, 26 Mac 2005. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato Shahrir Bin Abd Samad, ahli Parlimen Johor Bahru. Juga diadakan perasmian pembinaan surau SKBU 2. Ramai ibu bapa uang hadir menyaksikan Majlis Anugerah Cemerlang dan turut serta dalam mesyuarat Agung PIBG kali ke-15. Adik Nur Afza Qistina Bt Md.Fadzil telah dipilih sebagai penerima anugerah Pelajar Terbaik Tahun 2004. Mesyuarat Agung PIBG pula, membentangkan usul-usul ibu bapa.
Penyampaian hadiah-hadiah kepada : Ketua dan Penolong Pengawas 2004, pelajar-pelajar yang memperolehi 5A dalam UPSR 2004 seramai 61 orang, hadiah sepuluh terbaik mengikut aliran, hadiah mata pelajaran terbaik dan hadiah kedudukan kelas.
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Oval: BACK